PENYANYI Amira Othman mengimbau kembali pengalaman kurang menyenangkan sepanjang kehamilan anak sulungnya, Jarir Umar, ketika berkongsi kisah di sebalik pelancaran single terbaharunya yang didedikasikan buat cahaya mata itu.Amira atau Nadia Amira Othman, 33, berkata perjalanan kehamilannya bukan mudah apabila ada individu sanggup melemparkan kata-kata tidak baik terhadap bayi yang masih dalam kandungan. Kata Amira, dia terkilan apabila anaknya turut menjadi sasaran kecaman sedangkan bayi berkenaan tidak bersalah.“Saya tidak pastilah anda semua baca (komen) atau tak, ada ayat-ayat yang kurang berapa baik doakan untuk anak saya. Saya rasa perkara itu tidak sepatutnya berlaku.Amira muncul dengan single baharu, Jarir Umar khas buat anak pertamanya.“Kalau baca, memang melampau. Anak saya tidak bersalah, dalam perut lagi dia sudah dikatakan bukan-bukan. Doa yang tidak baik tidak akan terkabul pun, tetapi pada saya, kita kena jagalah.“Kadang-kadang saya tengok yang bercakap ini mak orang, ada anak. Macam mana boleh berani cakap benda-benda macam itu? Kita pun ada anak, ada keturunan. Kita tahu kita akan diuji dengan apa yang kita cakap," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Amira memberitahu dia tidak menyangka apabila ada individu yang turut bergelar ibu sanggup mengeluarkan kata-kata negatif terhadap dirinya dan bayi yang dikandung.“Jadi, kadang-kadang saya terfikir, macam mana tergamaknya mak-mak bercakap tentang saya? Saya pun anak orang dan ketika saya sedang hamil, anak dalam kandungan itu juga anak saya.ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman puji sikap penyayang Fatimah, harap Jarir lindungi kakak sampai bila-bilaARTIKEL BERKAITAN: Amira & Fattah belum sedia dedah foto Jarir, mahu anak mereka membesar macam kanak-kanak biasa“Mungkin, mudah-mudahan Allah beri mereka kebahagiaan supaya mereka tidak merasa iri melihat kebahagiaan orang lain dan tidak bercakap perkara yang bukan-bukan.“Hidup kita lain, takdir kita lain. Kalau tidak ada benda baik nak cakap, tidak payahlah cakap. Kasihan, esok lusa anak kita boleh baca benda-benda itu," ujarnya. Bagaimanapun, Amira berkata dia memilih untuk tidak melayan kecaman berkenaan dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.Amira terkilan apabila anaknya turut menjadi sasaran kecaman netizen.Menurutnya, dia tidak mengenali individu yang melemparkan kata-kata negatif itu dan tidak mengetahui sama ada mereka menggunakan akaun palsu atau akaun sebenar.“Saya hanya mampu berdoa. Saya tidak boleh mengawal mulut orang. Yang penting, saya pun tidak berbuat jahat kepada orang-orang yang bercakap tentang saya itu. "Saya tidak kenal pun mereka siapa. Mungkin akaun palsu, mungkin juga akaun sebenar.“Jadi, saya serahkan kepada Allah sahaja. Mudah-mudahan Allah lindungi anak-anak kita semua, insya-Allah," katanya. Amira dan Fattah (kanan) bernikah pada 14 September 2025.Untuk rekod, Amira mendirikan rumah tangga denga pelakon Fattah Amin pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor. Amira selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Jun lalu. Dalam perkembangan lain, Amira melancarkan single terbaharunya berjudul Jarir Umar yang dihasilkan khas buat anak lelakinya itu, selain mewakili perasaan ibu-ibu di luar sana.Menerusi lagu berkenaan, Amira ingin menyampaikan rasa syukur atas kelahiran Jarir, selain menitipkan mesej dan harapan seorang ibu terhadap anaknya.TONTON VIDEO PILIHAN!