MEMBELI kereta memerlukan perancangan kewangan yang teliti, lebih-lebih lagi apabila melibatkan komitmen bulanan untuk tempoh jangka panjang.Antara perkara sering menjadi pertimbangan ialah sama ada mahu menyediakan wang pendahuluan (deposit) atau memilih pembiayaan penuh. Menerusi perkongsian seorang penasihat jualan kereta fendijualkereta di laman Threads, terdapat tiga perkara yang perlu difahami sebelum membuat keputusan.1. Ada deposit, scoring pinjaman berpotensi lebih tinggiApabila pembeli menyediakan deposit, jumlah pinjaman yang perlu dimohon daripada bank menjadi lebih rendah. Situasi itu juga boleh membantu meningkatkan penilaian ataupun scoring permohonan pinjaman kerana jumlah pembiayaan yang diperlukan lebih kecil.2. Jumlah faedah pinjaman lebih rendahPembayaran deposit turut membantu mengurangkan jumlah keseluruhan pinjaman. Apabila jumlah pembiayaan lebih kecil, jumlah faedah atau keuntungan bank yang perlu dibayar juga berpotensi menjadi lebih rendah.3. Tiada deposit, simpanan tunai lebih terjagaBagi pembeli yang memilih untuk tidak menyediakan deposit, mereka tidak perlu mengeluarkan wang simpanan dalam jumlah besar daripada akaun bank, Amanah Saham Bumiputera (ASB) mahupun Tabung Haji. Bagaimanapun, pembiayaan tanpa deposit bermakna jumlah pinjaman akan menjadi lebih tinggi dan berpotensi menyebabkan ansuran bulanan serta faedah keseluruhan meningkat.Justeru, bakal pembeli perlu menilai kemampuan kewangan masing-masing sebelum membuat keputusan. Bahkan, kelulusan pinjaman juga bergantung kepada pendapatan, komitmen bulanan serta rekod kredit, bukan jumlah deposit semata-mata.